Bergurau Tapi Guna Racun Lipas
Orang-orang tua zaman dahulu sering berpesan bahawa bergurau ada batasnya bagi mengelakkan ia menjadi sesuatu insiden yang tidak diingini.
Itulah yang berlaku apabila seorang pelajar sekolah dikatakan bergurau dengan rakannya dengan meletakkan racun lipas di dalam makanan rakannya itu.
BACA: “Tak Berani Jual Ikan Buntal, Ada Yang Mati”
Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Sri Aman, Sarawak bertindak mencampurkan racun lipas yang dibawa ke sekolah dengan makanan rakannya sebelum memberi makanan tersebut kepada rakannya.
“Mangsa muntah tanpa henti beberapa minit selepas itu dan seorang guru sekolah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan terus membawa mangsa ke hospital,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar kepada media.
Selepas melihat rakannya dikejarkan ke hospital, suspek berusia 13 tahun itu melarikan diri kerana cemas namun berjaya ditahan di rumahnya pada malam kejadian setelah bapa mangsa membuat laporan polis.
Selain itu, pihak polis turut menemui sekotak racun lipas semasa mereka menahan suspek di rumahnya yang bertempat di Taman Sri Jaya.
Kejadian tersebut hangat diperkatakan di laman sosial malah ada beberapa warga laman sosial memberikan pendapat bahawa mungkin suspek itu bergurau namun tidak menyangka ia menjadi sebegini.
Namun, ada juga berpendapat suspek berniat untuk meracuni rakannya kerana tindakannya meletakkan racun ke dalam makanan rakannya jelas menunjukkan dia berniat jahat kepada rakannya itu.
Walau bagaimanapun, semoga mangsa sembuh seperti sedia kala dan diharapkan kisah ini menjadi pengajaran buat anda di luar sana supaya lebih berhati-hati ketika bergurau atau makan makanan pemberian rakan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Yang Best Di Sungai Petani?
- SUMBER
- WORLD OF BUZZ