Kadangkala agak sukar untuk mendapat parkir kereta di petak parkir disediakan hinggakan kita terpaksa meletak kenderaan di tempat dilarang hanya untuk seketika. Jika anda bernasib baik, mungkin anda tidak disaman tetapi jika bernasib buruk, mungkin duit anda akan melayang kerana dikenakan saman.

BACA: Wanita Serang Anggota MPSJ Beri Kerjasama

Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memantau kawasan sekitar pusat bandar itu dengan lebih ketat menggunakan 12 kamera litar tertutup (CCTV) yang ditambah baru-baru ini.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata penambahan CCTV bersama pembesar suara bertujuan untuk memastikan aliran trafik lancar dan keselamatan setempat terjamin.

“Setakat Februari lalu, sebanyak 1,295 kenderaan yang menghalang lalu lintas segera mengalihkan kenderaan mereka selepas mendengar arahan yang dikeluarkan pihak penguat kuasa MBPJ melalui pembesar suara di CCTV ini,” jelasnya.

Kini orang awam harus meletakkan kenderaan di tempat yang betul kerana MBPJ sentiasa mengawasi kawasan-kawasan terlibat setiap satu jam dan sepanjang masa ketika waktu puncak.

Jika ada yang ingkar, pihak MBPJ akan meminta orang terbabit untuk mengalihkan kenderaan mereka menerusi pembesar suara dengan menyebut nombor plat kenderaan.

Lokasi CCTV bersama pembesar suara diletakkan di Affin Bank di Jalan Yong Shook Lin, Amcorp Mall di Jalan Timur, Galeri Seni di Jalan Utara, Gereja St. Paul di Jalan Utara, Hotel Armada di Jalan Utara, PJ Hilton di Jalan Barat, LRT Asia Jaya di Jalan Utara, Taman Jaya di Jalan Timur, Bulatan Sultan di Jalan Sultan, SK Sri Petaling di Jalan Utara, SMK Bukit Bintang di Jalan Utara dan Wisma Yan di Jalan Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dari Stereng Lock, Boleh Jadi Promosi Domino’s Pizza
Mengamuk Sebab Gerai Kena Roboh Sebelum Raya

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2