Berhenti Rokok 6 Bulan Boleh Beli iPhone 8
Memang agak sukar untuk seorang perokok tegar berhenti merokok dan berjaya berhenti sepenuhnya dalam masa yang singkat. Namun, tiada apa yang mustahil bak kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih.
Seorang lelaki berjaya membuktikan bahawa dia mampu berhenti merokok dan juga berjaya mengumpul duit hasil tabung berhenti merokok hampir RM5,000.
BACA: Simpan Duit 3 Tahun Demi Bawa 27 Pekerja Tunai Umrah
Lelaki tersebut dikenali sebagai Carlos Phang, berkongsi kisah perjalanan dirinya sepanjang tempoh berhenti merokok di laman sosial Facebook.
Menurutnya, dia telah berhenti merokok selama enam bulan atau bersamaan 183 hari. Dia berjaya berhenti merokok walaupun pernah mengalami sakit kepala semasa seminggu selepas dia berhenti merokok.
Malah, Carlos siap menanda di kalendar mengenai perjalanan hidupnya tanpa rokok. Dia juga menjelaskan bahawa ia bukanlah mudah bagi seorang perokok tegar sepertinya untuk berhenti merokok sedangkan dia telah merokok selama 10 tahun sebelum ini.
Berkat kesabaran dan semangat yang tinggi, Carlos berjaya mengumpul wang sebanyak RM4,875 dalam tempoh enam bulan. Boleh beli macam-macam dengan duit simpanan hasil berhenti merokok tu.
Selain itu, dia turut memberi kata-kata semangat menerusi kisahnya kepada warga laman sosial supaya ramai mengikuti jejak langkahnya satu hari nanti.
Ramai yang memberi respon positif terhadapnya dan ada juga yang tag rakan/pasangan/keluarga supaya mereka dapat jadikan kisah pengalaman Carlos sebagai pembakar semangat untuk berhenti merokok.
Yang penting, yakin pada diri dan orang sekeliling juga harus beri sokongan kepada mereka untuk berjaya berhenti merokok seperti Carlos.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini 2 Makanan Yuna Makan Ketika Ikat Perut Di Bumi Amerika
“Dulu Gaji RM20, Kini Cecah Lima Angka Sehari”
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Level Mati | Bandung Part 01
- SUMBER
- FB CARLOS PHANG