Beri Anak Minum Coke Sahaja, Bapa Dipenjara 3 Bulan
Seorang bapa yang memberi minum dua anak kecilnya berusia 3 tahun dan 4 tahun minuman berkarbonat Coca-Cola, dihukum penjara tiga bulan. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di bandar Limoges, Perancis.
Menurut peguam kanak-kanak itu, bapa yang tidak bertanggungjawab itu yang merupakan seorang buta huruf, hanya memberi anaknya minum Coca-Cola kerana wang kebajikan keluarganya dihabiskan untuk membeli minuman beralkohol.
BACA: Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari
Kata peguam itu lagi, selepas beberapa hari wang itu diterima, keluarga itu tiada apa-apa untuk dimakan, hanya ada Coca-Cola untuk diminum.
Bapa itu juga sering bertindak liar terhadap isteri dan anak-anaknya. Anak sulungnya mengalami kerosakan gigi akibat gula.
Timbalan Pendakwa Raya, Bruno Robinet memberitahu, tiada apa-apa di rumah mereka. Tiada peti sejuk, anaknya tidur di atas tilam tanpa berlapik dan tiada mainan kanak-kanak. Tambahnya, lelaki itu hanya memberi anak-anaknya makan kek dan minum Coca-Cola.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- The Malay Mail Online