Berisiko Meletup, Sos Cili Jenama Ini Ditarik Semula
Mungkin ada yang mengetahui tentang jenama sos cili ini. Meskipun tidak popular di Malaysia, jenama sos cili Sriracha ini cukup popular di Singapura, Australia dan New Zealand.
Bahkan, di Malaysia ada sesetengah restoran dan kedai makan yang menggunakannya. Bagaimanapun, baru-baru ini sos cili tersebut telah ditarik dari pasaran oleh pihak berkuasa di Australia dan New Zealand kerana bimbang risiko meletup jika dibuka.
BACA: Botol Sos Tomato Bertatu Ed Sheeran Dilelong RM8,000
Malah, Singapore Food Agency (SFA) juga telah memanggil semula jenama sos cili ini daripada dalam pasaran.
Menerusi satu kenyataan, sos cili yang berasal dari Amerika Syarikat didapati mempunyai risiko pembentukan asid laktik dalamnya yang membuatkan botol menjadi kembung seterusnya meletup ketika apabila botol itu dibuka.
Menerusi laman web Standard Makanan Australia New Zealand, pihaknya turut mengingatkan pengguna supaya jangan buka botol yang dilihat ‘kembung’ dan memulangkan produk tersebut untuk mendapatkan semula wang.
Namun, difahamkan hanya botol bersaiz 17oz dan 28oz yang tertulis ‘Best Before Mar 2021’ sahaja didapati terjejas.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Independant