Sekarang ini ramai yang sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri sehingga sanggup mempersendakan agama.

Semalam, seorang lelaki warga Kemboja ditangkap selepas lakonannya terbongkar apabila dia didapati mencuri wang daripada tabung masjid di Meru Raya.

BACA: Kisah ‘Makcik Telekung’ Di Majlis Kahwin

Tindakan lelaki itu disedari oleh Pengerusi Masjid, Muntaha Kamil Halid menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya setelah terjaga dari tidur pada pukul jam 4 pagi.

Image via Facebook

“Saya tergerak hati untuk melihat telefon bimbit dan daripada CCTV itu, saya ternampak seorang lelaki sedang membaca al-Quran tetapi saya curiga apabila dia duduk di tepi tabung masjid.

“Saya perhatikan lebih 5 minit sebelum terlihat tangan lelaki itu bergerak-gerak mengait wang dalam tabung itu. Tanpa berlengah, saya terus menghubungi balai polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Image via Facebook

Lelaki itu mengaku mencuri wang dalam tabung tersebut namun dia mengatakan jenayah itu pertama kali dilakukan. Turut dijumpai wang sebanyak RM160 di dalam poket bajunya.

“Namun, dia banyak kali meminta maaf dan berjanji tidak melakukannya. Dia kata itu perbuatan pertama kali dilakukan. Bagaimanapun, kita serahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan,” katanya.

Tergamak lakukan jenayah di rumah ibadat. Dah la datang ke negera orang, lepas tu buat perkara yang tidak sepatutnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Babi Hutan Masuk Masjid, Sondol Jemaah
Haram Selfie Di Masjidil Haram & Al Nabawi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak