Berniaga Air Tepi Jalan Pun Boleh Bawa BMW
Tidak kira kerja apa pun anda lakukan, jika anda bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. Memang benar, 9/10 rezeki datang dari perniagaan.
Sama ada perniagaan kecil-kecilan atau pun dengan modal besar, yang penting adalah berniaga. Jika anda berusaha gigih, insya-Allah akan dikurniakan rezeki yang setimpal.
BACA: Belajar Sampai Darjah 6, Kini Jadi Jutawan Lembu
Sebut je tentang peniaga kecil seperti peniaga nasi lemak, penjual air di tepi jalan, pasti ramai yang pandang rendah pada mereka. Tapi ramai juga yang tidak tahu, mereka inilah sebenarnya yang kaya raya dan bebas hutang.
Perkongsikan daripada bekas penuntut Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM), Hafsyam Abu ini boleh membuka mata orang di luar sana tentang peluang untuk mencari rezeki.
Niaga tepi jalan dan BMW 5 Series
Alhamdulillah hari ini selesai berniaga tepi jalan dengan jual air balang sahaja. Buat pertama kalinya mencuba inilah 6 ILMU yang dapat. Mungkin boleh dikongsikan untuk mereka diluar sana.
1. Belajar dari peniaga Bangla/Indonesia
Kita marah apabila ramai warga asing di negara ni. Saya juga tak puas hati. Tapi ada juga perkara yang kita perlu belajar juga dari mereka. Memanfaat kan peluang dan ringan tulang untuk saling membantu.
Hari ini hari pertama saya berniaga. Nak buka khemah pun terkial-kial. Sekilas pandang kelibat baju putih datang terus bantu dan tunjuk cara memasang khemah. Bangla kedai hujung yang datang bantu tanpa dipanggil. Mereka sangat tidak berkira. (Mungkin tidak semua tetapi ambillah yang positif)
2. Jangan pandang rendang dengan orang
Haaa…ini lah yang selalu kebanyakan orang kita fikir. “Apa lah jual air je? Nasi lemak sahaja? Tepi jalan? Ewww no class! Takde masa depan!”
Done membawang?
Kejap….Tengok picture belakang saya tu. Brother sebelah ni siap-siap parking BMW 5 series. Jual apa? Jual pisang goreng dan air kelapa je kak. Saya juga terkejut. Bukan dia sahaja ada lagi yang jual nasi lemak pagi-pagi pun bawa Mercedes. Kau? Membawang jelah. Jadi jangan lah kita pandang rendah kepada usaha orang lain. Kita tak tahu USAHANYA HARI INI MELIMPAHKAN REZEKI DIMASA AKAN DATANG.
3. Jalinan silaturahim antara peniaga
Kata lainnya hubungan antara peniaga lain. Selepas beberapa customer datang membeli. Brother sebelah ni pun datang tegur. “Dik yang hujung tu air apa?” Saya jawab lah. “Teh Ais bang”. Di balasnya “Bagi 1”….
Saya kesan itulah jalinan silaturahim yang ingin diwujudkan dalam bentuk ‘support bisnes peniaga lain’. Jadi antara peniaga pun boleh juga support antara satu sama lain. Dan kalau orang dah beli produk kau… kau jangan kayu je tak support bisnes orang tu. Beli lah juga mungkin hari/waktu yang lain.
4. Hormat menghormati
Ini sangat penting. Pernah kita dengar peniaga bergaduh merebut tapak? Tidak bertegur, bermasam muka tak puas hanti sampai santau menyantau? Ini memang berlaku di mana-mana. Jadi tak salah pun kalau kita saling mengalah, hormat menghormati dengan peniaga lain. Yakin lah rezeki itu datang nya dari Allah. Jangan lah jadi Melayu yang menjatuhkan bangsanya sendiri😭
5. Solat/Ibadah
Ini sangat menyentuh hati saya. Apabila Azan berkumandang brother sebelah terus belari ke masjid belakang. Barang-barang niaga tinggal macam itu sahaja? Ya! Dan yang tolong jaga adalah peniaga bangla sebelah kedai brother tu. Bila brother tu balik ke khemah niaga, Bangla tu pula pergi menunaikan solat. Begitulah bersilih dengan peniaga lain. Inilah cara bagaimana dalam berniaga mencari KEBERKATAN REZEKI.
6. Sabar
Yang jenis baru nak berniaga macam saya. Sabar sangat lah penting. Takkan kau semai biji diwaktu pagi, petang kau dah boleh kunyah buah kan???
Jadi kita dah berusaha, tawakal seterusnya bersabar. Yakinlah rezeki itu ada. Alhamdulillah hari pertama niaga lepas juga target 😋.
Ehm…Dato Aliff Syukri pun bermula dengan berniaga pasar malam tau sebelum kaya.
Akhir kata “Selamat berniaga kepada semua peniaga/peniaga tepi jalan”
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
“Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”
- SUMBER
- Facebook Hafsyam Abu