Negara kita masih lagi berkabung setelah kemangkatan almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah namun terdapat beberapa orang yang berani menghina almarhum baginda di laman sosial.

Pihak polis berjaya menahan seorang pemuda berbangsa Cina berusia 21 tahun yang memberi komen berbaur penghinaan kepada almarhum Sultan Kedah.

BACA: Kisah Di Sebalik Teh Tarik Kesukaan Almarhum Sultan Kedah

Sumber dari siakapkeli.my

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, CP Dato’ Sri Acryl Abdullah Sani memberitahu bahawa lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Genting Highlands, Pahang pada pukul 12.27 malam.

Sumber dari mynewshub.cc

“Hasil siasatan, suspek akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit iPhone 7 Plus beserta sebuah laptop MSI Gaming G Series.

Sumber dari siakapkeli.my

Selain itu, pihak polis sedang mencari seorang lelaki Melayu yang turut memuatnaik status berbaur penghinaan terhadap almarhum Sultan Kedah.

“Kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya lagi sambil menasihati rakyat negara ini supaya berfikir sebelum membuat sesuatu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)