Bihun Sup ‘Berapi’ RM13 Semangkuk?
Jika sebelum ini kisah nasi campur berharga RM32 tular di laman media sosial, kini kisah bihun sup berharga RM13 semangkuk pula menjadi sebutan warga laman sosial.
BACA: Kantoi 30 Tahun Saji Daging Anjing
Status tersebut dimuatnaik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Aswan Wanchik mengenai kunjungannya ke kedai Bihun Sup Berapi.
Menurut statusnya itu, dia mendakwa kedai makan itu tidak menerangkan kepadanya harga makanan sebelum makan. Malah, pekerja kedai itu memberitahu dia bahawa dia akan mengetahui harga setelah makan.
“Memang nak mengena orang. Masa ‘order’ tanya harga semangkuk, depa cakap lepas makan baru kira. Ingatkan macam biasa semangkuk RM5, rupanya depa takut nak bagi tau harga. Bila nak bayar baru bagi tahu RM13.50 semangkuk,” ujarnya.
Tambah Aswan lagi, kuah bihun tersebut juga dikatakan mempunyai rasa perasa makanan yang kuat. Jumlah harga keseluruhan yang harus dibayar olehnya ialah RM31 untuk dua mangkuk bihun sup serta dua gelas teh o ais.
“Ingat nama kedai ni, Bihun Sup Berapi (terletak) depan Longwan Kepala Batas, Pulau Pinang. Memang berapi, berapi kerana harganya mencekik darah,” pesannya kepada orang ramai.
Justeru itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zahari Awang menyatakan tindakan yang dilakukan oleh Aswan itu adalah betul sebagai seorang pengguna.
“Betullah tindakan dia tulis di Facebook kerana boleh sedarkan orang ramai, nak dapat balik duit itu sudah tidak boleh. Lelaki itu berhak menguar-uarkan kepada pelanggan lain apabila haknya sebagai pengguna dicabuli,” katanya kepada mStar.
Selain itu, dia juga turut menyarankan orang ramai supaya membuat aduan rasmi kepada pihak KPDNKK supaya mereka dapat mengambil tindakan terhadap peniaga yang disyaki mengenakan harga tidak masuk akal.
Sebelum kita memesan makanan, kita wajib melihat harga makanan atau bertanya kepada pekerja restoran bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku kepada kita.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Jangan Tengok Video Gomo Sup Air Asam Masa Lapar!
- SUMBER
- MSTAR