Bihun Sup Daging ‘Lebih’ Makin Popular
Jarang kita melihat pemilik kedai makan meletakkan lauk lebih dengan harga yang murah di zaman ekonomi tidak menentu ini. Namun, kisah bihun sup daging ‘lebih’ yang tular di laman sosial membuktikan sebaliknya. Pemilik warung Bihun Sup Kak Mah, Che Mah Abdullah, 61 tahun, memberitahu bahawa dia membuka warung tersebut pada tahun 1981 hingga sekarang.
BACA: Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing
Warung yang terletak di Kampung Paya Kerchut, Pendang, Kedah itu tular kerana hidangan daging yang banyak dalam semangkuk bihun sup yang dijual olehnya menarik perhatian orang ramai.
Dia tidak menyangka bahawa warungnya itu mendapat sambutan luar biasa selepas menjadi tular di laman sosial.
“Ada yang datang dari luar Pendang, dari Pulau Pinang pun ada. Bila tanya mereka tahu dari mana, mereka kata baca dekat Facebook. Alhamdulillah syukur yang datang makan bagi komen positif. Saya cuma nak orang rasa puas bila makan,” ujarnya.
Menurutnya, dia menyediakan sebanyak tiga periuk besar sup dan 28 kilogram daging untuk jualan pada setiap hari. Berbekalkan resepi yang dicipta oleh suaminya, Mohd Salleh Nayan, 62 tahun, pasangan suami isteri ini berjaya mendapat pulangan sebanyak RM2,000 sehari.
“Di warung saya, hanya menu bihun sup sahaja yang dijual dari harga RM3.50 hingga RM5,” tambahnya lagi. Che Mah turut menyatakan dia mula berniaga pada pukul 12 tengah hari pada setiap hari kecuali hari Jumaat, namun pelanggan tetap akan datang beratur seawal pukul 10 pagi di hadapan warungnya itu.
Dia turut menjelaskan kini dia mempunyai seramai 10 orang pekerja setelah dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan dan tidak boleh bergerak aktif seperti dahulu.
“Saya hanya tunggu di kaunter bayaran, suami bertugas untuk memasak manakala pekerja lain bantu operasi jualan,” jelasnya sambil mengakhiri perbualan.
Semoga pasangan suami isteri ini dimurahkan rezeki kerana berniaga dengan ikhlas kerana zaman sekarang agak sukar untuk kita mencari pemilik kedai makan yang ikhlas seperti mereka berdua.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Jangan Tengok Video Gomo Sup Air Asam Masa Lapar!
- SUMBER
- Sinar Harian