Billa AF Kongsi Tips Turun Berat Badan
Semua orang mempunyai impian untuk memiliki tubuh badan ideal dan akan melakukan apa saja untuk mencapai impian itu.
Tak kira lelaki atau perempuan pasti menginginkan tubuh badan sihat dan menarik. Oleh itu, penyanyi yang dikenali sebagai Billa dari Akademi Fantasia berkongsi tips untuk menurunkan berat badan dilakukannya sejak tujuh bulan lalu.
BACA: 10 Tips Berkesan Kawal Nafsu Makan
Menurut Billa, dia mengamalkan minum air kosong sebanyak dua liter sehari dan tidak minum air sejuk, makan dalam kuantiti yang sedikit serta tidak makan selepas pukul tujuh malam.
Di samping itu, dia juga akan bersenam selama 30 minit dan memberi peringatan agar kuat dari segi iman dan mental.
Bukan mudah untuk dirinya membuat keputusan ini tetapi dia berjaya membuktikan dia boleh melakukannya apabila berat berkurangan dari 140.8 kilogram kepada 116.8 kilogram pada awal bulan ini.
Semoga kisah Billa menjadi inspirasi kepada anda di luar sana yang sedang struggle untuk turunkan berat badan dengan cara sihat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Turun 25Kg Dalam 4 Bulan, Gadis Manis Ini Kongsi Tips Kurus
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?
- SUMBER
- IG BILLA NAJMI