Bina Kubur Tepi Jalan Elak Orang Buang Sampah Merata-Rata
Masalah timbunan sampah di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru dan semakin hari dilihat semakin serius. Malah, kurang kesedaran di kalangan rakyat Malaysia menjadikan perkara itu semakin berleluasa.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular media sosial foto kubur di tepi jalan dipercayai di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu. Tetapi rupanya ianya hanyalah kubur binaan bagi mengelak orang membuang sampah di tepi jalan tersebut.
BACA: Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Sampah Cecah Siling, Kucing Terbiar
Foto tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Man Fazli yang turut keberanian penduduk dan tindakan mereka itu disifatkan satu tindakan bijak dan berani.
Malah, pengguna Facebook itu juga turut berkongsikan foto sebelum dan selepas pembinaan kubur dimana sebelum ini penuh dengan timbunan sampah sarap.
Rata-rata netizen memuji idea luar kotak penduduk disitu bagi memelihara kebersihan persekitaran kampung tersebut kerana ianya ternyata membuahkan hasil.
Agaknya, mungkin selepas ini kita dapat lihat banyak ‘kubur’ di tepi jalan. Harap-harap tak terkejut bila berjalan malam-malam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram