Boleh dikatakan minuman bubble tea menjadi kegilaan ramai dan mencetuskan fenomena di Malaysia sehingga ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.

Seperti anda tahu mengikut kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah pengambilan gula yang dicadangkan setiap individu adalah maksimum lima hingga 10 sudu teh gula setiap hari.

BACA: Minum Bubble Tea 3 Kali Sehari, ‘Pearl’ Tersangkut Dalam Usus

Tapi tahukah anda kandungan gila di dalam minuman bubble tea kegemaran anda itu? Seperti kita tahu, segelas minuman bubble tea dianggarkan mengandungi antara lapan hingga 20 sudu teh gula.

Malah, boba pearl yang dicampurkan di dalam minuman bubble tea tidak mengandungi sebarang nutrisi, hanya kalori dan karbohidrat sahaja.

Menurut Pakar Pemakanan dan Pengurus Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN), Mastari Mohamad, pengambilan boba secara berlebihan juga boleh mengganggu sistem penghadaman.

“Pearl diperbuat daripada tepung ubi atau tepung kanji. Apabila ada tindak balas dengan makanan-makanan lain, mungkin ia menyebabkan sukar untuk dihadam.

“(Tambahan pula), jika seseorang itu tidak mengamalkan cara pemakanan yang seimbang seperti kurang minum air dan makan sayur, maka sistem pelawasan itu tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan masalah (pearl tidak dihadam) tersebut timbul,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata ada cara untuk menghasilkan bubble tea yang lebih sihat.

“Jangan letak banyak gula dan kita boleh gunakan susu rendah lemak, tambah buah-buahan, fiber atau menggantikan pearl dengan biji selasih untuk menghasilkan tekstur dalam minuman.

“Ramai juga yang mengamalkan biji chia kerana selain memberikan tekstur, makanan itu mengandungi banyak antioksidan dan Omega 3 yang memberi faedah kepada kesihatan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang