Boleh Bawak Basikal Dalam LRT?
Jika anda seorang yang suka berbasikal pada hujung minggu, ini adalah berita baik untuk anda. Ini kerana orang ramai kini boleh membawa basikal mereka menaiki tren Transit Laluan Ringan (LRT) terpilih setiap Ahad pada minggu pertama dan ketiga dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
BACA: Annabelle Merayau Di MRT?
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata, orang ramai dibenarkan berbuat demikian bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan memelihara alam sekitar.
“Ia juga adalah sebahagian inisiatif Rapid Rail untuk meningkatkan bilangan penumpang. Untuk makluman semua, konsep bawa masuk basikal ke dalam tren dibuat selepas mendapat persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaras dengan pelaksanaan program ‘KL Car Free Morning’,” katanya.
“Malah, semasa kajian bagi membenarkan basikal bersaiz penuh ‘menaiki’ LRT dibuat menerusi Twitter @MyRapidKl, 80 peratus pengguna bersetuju dengan cadangan berkenaan,” tambahnya lagi selepas merasmikan Majlis ‘Bike & Ride’ di Stesen LRT Bandaraya pagi tadi.
Semoga kita dapat menjaga alam sekitar dengan baik di samping dapat menjalani gaya hidup sihat bersama keluarga tersayang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Train On Time Gila Kat Jepun! (Osaka)
- SUMBER
- BERITA HARIAN