BR1M Diberi Sebelum Hari Raya, Ganti Nama Lain
Agihan wang tuani Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional masih diteruskan dan mereka yang layak bakal menerima bantuan tersebut pada Jun ini.
Berita tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bantuan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri.
BACA: “Kereta 3 Buah Tapi Masih Nak Wang Bantuan RM100”
Menerusi Twitter, beliau memberitahu lagi, BR1M juga akan diberikan nama lain dan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut akan diumumkan pada minggu hadapan.
“Sepertimana yg diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun @chedetofficial (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Sepertimana yg diarahkan oleh Tun @chedetofficial BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan.
— Lim Guan Eng (@guanenglim) May 26, 2018
Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan bersetuju untuk meneruskan pemberian BR1M yang diperkenalkan sebelum untuk meringankan kos hidup golongan berpendapatan rendah.
Bagaimanapun Tun Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji struktur bantuan tersebut supaya tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)
- SUMBER
- mStar