Buat Pembedahan Plastik, Tak Lepas Imigresen
Kita selalu dengar kes terkandas di lapangan terbang akibat beberapa faktor, namun terdapat satu kisah luar biasa apabila tiga wanita terkandas di lapangan terbang Korea Selatan akibat wajah mereka berbeza dengan gambar pasport.
BACA: Sakit Jantung Tak Halang Jadi Sado
Mereka bertiga yang berasal dari China kelihatan sedang menunggu penerbangan sambil memegang pasport masing-masing dengan wajah berbalut dan bengkak akibat pembedahan plastik.
Gambar itu tular di laman sosial dan mendapat pelbagai respon dari warga laman sosial yang terkejut melihat wajah mereka.
“Dengan wajah yang bengkak tu, ibu sendiri pun tak akan kenal anda,” ujar salah seorang warga laman sosial.
Korea Selatan terkenal dengan klinik pembedahan plastik antara yang terbaik di dunia membuatkan ramai wanita pergi ke sana untuk mengubah wajah mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Gam, Daging Kaki Budak Dirobek
Kerana Diejek Lelaki Nekad Ubah Muka Persis Anime
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Q & A Vitdaily
- SUMBER
- MSTAR