Menu terbaru dari KFC, Chizza ialah gabungan ayam dan piza menarik perhatian ramai hingga ada terpaksa tunggu lama untuk mendapatkan hidangan terbaru itu.

Jika anda tak mahu beratur panjang, mahu saiz hidangan lebih besar, apa kata anda buat sendiri Chizza ala KFC. Pasti ianya takkan menghampakan anda!

BACA: Resepi Daging Masak Tempoyak Yang Digilai Ramai

Bahan-bahan

Dada Ayam (belah 2 bagi nipis sikit)
Tepung Bestari (perisa pedas)
Sedikit air
Sos Prego (atau buat sos sendiri)
Sedikit nenas dalam tin
Sedikit cili benggala merah
Sedikit tomato
Sedikit keju Mozarella (parut)
Sedikit Chilli Flakes

Cara-cara

– Perap dada ayam dengan tepung campur air sikit.
– Ambil dada ayam tadi gaul dengan tepung kering dan terus goreng.
– Lepas goreng ayam tak perlu tunggu sejuk dan terus letak topping mengikut kreativiti masing-masing.
– Kemudian, bakar dalam oven selama 5 minit suhu 150.
– Siap! Selamat mencuba! 🙂

ARTIKEL BERKAITAN:
Jom Cuba Buat Apam Balik Red Velvet!
Nah, Masak Sendiri Pes Pedas Ala Ramen Samyang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Level Mati | Bandung Part 01