Sebut je minuman bubble tea, pasti ramai yang sukakan rasanya. Lebih parah, ada yang sukakan minuman tersebut sehinggakan setiap hari pasti akan mendapatkannya. Tetapi selepas ini mungkin anda perlu kurangkan mengambil minuman tersebut kerana bimbang ia beri kesan buruk pada kesihatan.

Kajian terbaru yang dilakukan di Singapura mendedahkan minuman bubble tea mempunyai kandungan gula lebih tinggi berbanding minuman bergas. Biar betul??

BACA: Kulit Wajah Rosak Teruk Minum Bubble Tea Setiap Hari

Dalam kajian yang dikelolakan oleh Channel NewsAsia dengan kerjasama pelajar Diploma Sains Makanan dan Nurtrisi dari Politeknik Temasek Singapura itu, mereka melakukan uji kaji ke atas enam jenis bubble tea dengan perisa berlainan untuk mengetahui kandungan gula dalam setiap jenis minuman tersebut.

Hasil kajian sangat mengejutkan apabila mendapati kandungan gula di dalam minuman tersebut mempunyai kandungan gula antara 8 hingga 20 sudu teh. Sedangkan satu tin coke mempunyai kandungan gula sebanyak 33.9gram bagi untuk tin 320ml bersamaan 9 sudu teh.

Menurut seorang pakar pemakanan, ramai yang beralih kepada minuman bubble tea kononnya untuk menggantikan minuman ringan tetapi tidak tahu bahawa minuman tersebut lebih tinggi gula.

“Kita terlalu beri perhatian pada minuman ringan sehingga terlepas pandang dengan minuman bubble tea yang tidak diketahui kandungan gulanya.”

“Tidak hairan mengapa minuman bubble tea sangat popular dan kebanyakan ibu bapa memilih minuman tersebut kerana melihat ianya lebih sihat berbanding minuman ringan.”

Selepas ini kurang-kurangkan minum bubble tea. Takut nanti seronok sangat minum sampai kena penyakit kencing manis.

ARTIKEL BERKAITAN:
Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?