Bubble Tea Perisa Ubat Batuk Kini Di Amerika
Siapa sangka minuman bubble tea kini boleh menyembuhkan batuk anda? Setiap kali batuk, hanya ubat batuk sahaja yang boleh merawat sakit tersebut. Selalunya, ‘Pei Pa Kao’ atau di Malaysia popular dengan nama ‘Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak’ antara yang menjadi pilihan ramai.
Di California, sebuah kedai menjual minuman bubble tea, Labobaroty, telah mencipta satu kelainan dengan memperkenalkan minuman yang diletakkan ubat batuk di dalamnya.
BACA: Ini 2 Makanan Yuna Makan Ketika Ikat Perut Di Bumi Amerika
Memang diakui rasa ubat batuk agak sedap dengan rasa dingin yang menyegarkan tekak, tetapi tidak pula membayangkan ianya akan dijadikan perisa untuk minuman bubble tea.
Menerusi Facebook Labobatory, minuman pelik tersebut hanya boleh didapati dalam masa terhad iaitu pada ‘holiday season’ sahaja.
Rasanya selepas ini bolehla buat versi ubat batuk bubble tea anda sendiri di rumah dan dihidangkan kepada tetamu. Siapa yang ‘liat’ sangat nak makan ubat batuk, boleh cuba buat minuman ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- World of buzz