Biasanya bunga sering dijadikan minyak wangi kerana baunya yang sungguh wangi. Tetapi, pernahkah anda terfikir bahawa bunga juga enak bila dimakan?

Kalau anda nak cuba, anda kena pergi ke Thailand kerana di sana ada pelbagai bunga goreng dijual sama ada di gerai atau di restoran.

BACA: Festival Ayam Goreng Pertama Di Malaysia November Ini

Menurut video yang berdurasi 2:28 saat itu, lokasi popular yang menjual bunga goreng adalah di Koh Kret, utara Bangkok, Thailand.

Di sana, anda akan mendapati sebuah gerai menjual bunga goreng oleh seorang wanita tua bernama Boonrod. Wanita itu sudah berniaga sejak 10 tahun lalu.

Sumber dari wolipop.detik.com

Malah, dia turut menunjukkan di mana dia mendapat bekalan bunga setiap hari. Dia memetik bunga segar setiap hari di kebun bunga miliknya.

Sumber dari nulis.co.id

Dalam bahasa Thai, hidangan bunga goreng tersebut dipanggil Yum Dok Mai Chub Pang Tod. Yum bermaksud salad manakala Dok Mai bermaksud bunga dan Chub Pang Tod bermaksud digoreng dalam minyak panas yang banyak atau deep fried.

Sumber dari huffingtonpost.com

Menurut mereka, bunga goreng dipercayai memberi banyak khasiat kepada badan kerana mampu membuatkan anda berasa lebih tenang, badan lebih wangi, kulit semakin cantik serta awet muda.

Jika anda ingin bercuti ke Thailand, jangan lepaskan peluang untuk mencuba bunga goreng ini. Ataupun, anda boleh cuba menggoreng sendiri di rumah tapi pastikan bunga yang dipilih bukanlah bunga beracun kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jual Kentang Goreng Jana RM6,000 Sehari
Sis, Ini Cara Senang Buat Peria Goreng!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138