Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita mayat seorang wanita berusia 63 tahun ditemui di dalam tangki najis di belakang rumahnya, di Jalan Sungai Burung, Balik Pulau, dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri. Bagaimanapun, suspek berusia 29 tahun itu diberkas oleh pihak polis kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, misteri kehilangan seorang warga emas sejak 19 September lalu terjawab apabila mayatnya ditemui menantunya di dalam tangki najis sedalam 1.2 meter.

BACA: Bunuh Ibu Kerana Teh Dibancuh Tak Cukup Susu

Foto: Harian Metro

Menurut laporan, warga emas itu dipercayai dibunuh anak kandungnya sendiri pada Rabu lalu, sebelum mayatnya disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku membunuh ibunya selepas berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Dia juga mengatakan, semasa kejadian dia yang berada di bawah pengaruh bau petrol bertindak menusuk pisau pada leher mangsa lalu mengelarnya.

“Melihat keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri, suspek kemudiannya terus menyumbat si mati ke dalam tangki najis,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Suami Buat Kerja Rumah Pun Kena Cerai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138