Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita lima orang pemotong rumput warga Thailand terbunuh akibat dirempuh oleh pelancong Malaysia.

Insiden tersebut menimbulkan kemarahan netizen apabila pemandu tersebut disahkan tidak mempunyai lesen memandu.

BACA: Tolong Mangsa Kemalangan, Jururawat Dipuji TMJ

Terbaru, tular satu Tweet oleh seorang netizen yang meminta sumbangan orang ramai kerana ahli keluarganya ditahan di Thailand berikutan kemalangan di sana.

Menurutnya, pampasan sebanyak RM70,000 diperlukan untuk melepaskan ahli keluarganya.

Seperti sudah dijangka, status tersebut menerima kecaman hebat daripada netizen. Malah, ada yang mempersoalkan tindakan netizen itu yang masih lagi boleh meminta sumbangan selepas menyebabkan ramai yang terbunuh.

Malah, netizen berkata mereka lagi kasihan pada keluarga mangsa yang terlibat daripada orang yang melanggar.

Apa pun diharap insiden ini dapat dijadikan pengajaran buat mereka diluar sana untuk lebih berhati-hati ketika di jalan raya bimbang akibat daripada kecuaian sendiri nyawa orang lain yang melayang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Tak Berhenti Kentut, Pesawat Mendarat Cemas
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥