Sebelum ini rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s Singapura memperkenalkan menu burger nasi lemak, yang menjadi kegemaran ramai dan diakui menambat selera ramai penggemar.

Nampaknya Burger King Singapura pula tampil dengan menu terbaru bercirikan kegemaran Asia iaitu burger perisa Rendang dan Laksa. Laksa?? Macam-mana agaknya rasa burger Laksa?

BACA: Roti Bakar ‘Telur Katak’ Jadi Kegilaan Di Singapura

Untuk pengetahuan anda, burger tersebut diperkenalkan bersempena dengan National Day of Singapore yang disambut setiap tahun pada 9 Ogos. Harga ditawarkan untuk kedua-dua burger tersebut adalah $7.90 (RM23.80).

Berdasarkan ulasan daripada The Smart Local, rasa kedua-dua burger ini memang sangat luar bias. Burger Rendang mempunyai dua keping daging bersama hirisan bawang dan kuah rendang.

Untuk burger laksa pula, rasanya seperti hidangan laksa sebenar dihidangkan bersama hirisan timun dan telur rebus. Bagi mereka yang tidak sukakan daging lembu, ada juga pilihan ayam.

Bagaimanapun, burger laksa dikatakan tidak menerima banyak ulasan positif. Malah, ramai yang mengatakan rasa burger tersebut pelik.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)