Burger Pedas Ramen Korea Viral Di Alor Setar
Sebut je ramen atau ramyeon, semua dah tahu ianya mi segera yang sangat popular di Korea. Kalau di Malaysia, ramen pedas menjadi kegilaan anak muda masa kini.
Tapi pernah tak terfikir untk cuba hidangan unik gabungan ramen dan burger? Dengar cerita, gabungan burger pedas ramen yang dijual oleh Burger On Faaaiya di Alor Setar dah jadi kegilaan ramai.
BACA: Nah, Masak Sendiri Pes Pedas Ala Ramen Samyang
Idea gabungan unik tersebut dicetuskan oleh dua anak muda iaitu Ashraf Reza, 22, dan Faez Feilzha, 22 yang membuka gerai burger di Jalan Anak Bukit, Titi Gajah pertengahan tahun lalu.
Menurut dua anak muda tersebut, mereka mula menjual burger ramen awal tahun ini untuk mencari kelainan, idea daripada Faez yang belajar kulinari di Universiti Nilai.
“Kami tengok ramen jenama Samyang mula popular di Malaysia di kalanga remaja dan perempuan, dari situ kita buat eksperimen. Beberapa kali buat, dan jual Januari lepas,” katanya kepada Malay Mail Online.
Lebih istimewa, burger ramen mereka menggunakan daging buatan sendiri, telur, ramen pedas, keju mozzarella, salad dan sos cili. Ianya dijual dengan harga RM7.
Sejak gerai mereka viral hujung Mac lalu, kira-kira 80 paket ramen jenama Samyang dihabiskan setiap minggu.
Terletak bersebelahan gelanggang D’Futsal Center, gerai burger ini yang menyediakan beberapa meja tidak jauh dari Tabung Haji Kedah di Alor Setar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!
- SUMBER
- The Malay Mail Online