Cadangan Denda Cuci Tandas, Kutip Sampah Buat Perokok Ingkar
Umum mengetahui larangan merokok di kedai makan atau restoran itu sudah dilaksanakan pada Januari lalu. Malah, sudah banyak papan tanda larangan merokok di letakkan di kedai makan dan ditempat awam.
Menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak mereka kini sedang mempertimbangkan denda yang bakal dikenakan kepada perokok ingkar dengan melakukan kerja-kerja khidmat sosial seperti mencuci tandas, mengutip sampah dan memotong rumput.
BACA: Saman Akan Dikeluarkan Buat Perokok Degil Mulai Bulan Ini
KKM sedang mempertimbang kerja-kerja khidmat sosial seperti basuh tandas, kutip sampah dan potong rumput terhadap…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Isnin, 26 Ogos 2019
Difahamkan, denda tersebut akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020 selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa.
Setakat ini, 93 peratus bersetuju dengan perlaksanaan denda tersebut manakala 7 peratus tidak bersetuju.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM tidak lagi memberi penangguhan untuk tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang ingkar larangan merokok di premis makanan.
“Dengan cara ini kita berharap tiada lagi persepsi siapa ada duit boleh buat kesalahan,” katanya.
Ujarnya lagi, sebelum ini KKM telah memberi penangguhan selama 6 bulan yang akan berakhir Disember ini untuk memberi peluang kepada orang ramai ‘membiasakan diri’ dengan peraturan baharu itu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi
- SUMBER
- Facebook KKM