Caj 20 Sen Tiada Kesan, Pahang Haramkan Guna Beg Plastik
Umum mengetahui, caj untuk beg plastik dikenakan sebanyak 20 sen. Meskipun sudah dikenakan caj untuk penggunaan beg plastik, namun masih kurang kesedaran dikalangan pengguna seolah tiada masalah mengeluarkan wang untuk membeli beg plastik.
Susulan itu, Pahang mengharamkan penggunaan beg plastik, bekas polistirena dan straw minuman di semua premis perniagaan di negeri tersebut pada setiap Sabtu dan Ahad mulai 1 Julai ini.
BACA: Mulai 1 Julai, Tiada Lagi Straw Plastik Di Selangor
Langkah tersebut sebagai merealisasikan hasrat menjadikan Pahang bebas pencemaran plastik dan ke arah mewujudkan peniaga serta pengguna yang lebih bertanggungjawab.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata caj 20 sen terhadap beg plastik dikenakan kepada pengguna pada hari Sabtu sebelum ini tidak memberi kesan positif.
Dalam pada itu, beliau berkata buat masa ini tiada tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga mahupun pengguna sekiranya ingkar.
Bagaimanapun beliau berkata lagi, jika kempen ini tidak berkesan, tindakan kompaun mungkin akan dikenakan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni
- SUMBER
- Sinar Harian