Baru-baru ini tular di media sosial sekeping resit bayaran memaparkan Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar cawangan SS2/10, Petaling Jaya mengenakan caj 20 sen untuk pinggan dan gelas tambahan.

Susulan isu tular itu, restoran tersebut menerima kecaman hebat oleh netizen yang menyifatkan caj yang dikenakan itu sangat melampau.

BACA: Terkejut Restoran Mamak Caj 30 Sen Untuk Mangkuk

Bagaimanapun, pemilik yang juga Pengarah Urusan restoran tersebut, Burhan Mohamed, memberitahu pihaknya mempunyai sebab tersendiri mengenakan caj tersebut. Jelasnya, caj itu diperkenalkan susulan gangguan bekalan air.

“Sebenarnya ramai orang salah faham. Kami hanya kenakan caj tambahan 20 sen sewaktu ketiadaan air sahaja. Selepas pukul 10 pagi semalam (Rabu), bekalan air dah kembali pulih, kami pun hentikan caj berkenaan.

“Kami kena sediakan pinggan dan mangkuk sebab menurut notis yang dikeluarkan, katanya, tiga hari tiada air. Ini semua dilakukan demi kebersihan. Tak ada air macam mana nak cuci kan?

“Saya rasa sakit hati, orang cakap saya nak untung banyak. Ini bukan caranya, sedih bila mereka fikir kita nak kaut untung,” katanya kepada mStar Online.

Katanya lagi, pihaknya sangat mengutamakan kebersihan dan tidak akan berkompromi dalam aspek kebersihan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Kebaikan Letak Duit Syiling Dalam Peti Ais
Teka Jumlah Bekas Kuih Raya Tarik 20, 000 Penyertaan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar