Cara Buat Air Nabeez, Anda Lebih Bertenaga Bulan Puasa Ini!
Bulan puasa adalah wajib bagi umat Islam dimana mereka perlu menahan diri daripada makan dan minum. Untuk menempuh seharian berpuasa sememangnya memerlukan tenaga yang cukup supaya anda tidak mudah lesu dan letih.
Ramai yang tahu tentang air minuman Nabeez kurma tetapi masih ramai yang belum mengamalkan air sunnah Nabi Muhammad ini.
BACA: Minum Ini Ketika Sahur, Boleh Tahan Lapar 19 Jam
Membantu menyingkirkan toksin berbahaya
Dari segi kesihatan, buah kurma telah terbukti sebagai pemberi dan pemulih tenaga. Disebabkan itu kita disunnahkan untuk makan kurma ketika berbuka puasa.
Air nabeez juga adalah minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu dalam proses pembuangan dan memulihkan sistem pencernaan tubuh serta membantu menyingkirkan zat toksin berbahaya.
Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber yang mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.
Cara Menyediakan Air Nebeez Kurma
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter.
Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.
2. Sebelum anda tidur, rendam isi kurma dalam air masak dan letak di luar sahaja.
3. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan ia terbuka.
4. Air tersebut boleh diminum ketika sahur.
5. Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan ketika perut kosong.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- Free Malaysia Today