Setiap kali buka media sosial memang terliur pula tengok jeruk mangga asam yang dijual oleh peniaga. Memang sedap pekena jeruk mangga lagi-lagi masa tonton televisyen.

Kalau diikutkan tak susah pun nak buat jeruk mangga asam boi ini. Buat sendiri lagi jimat sebab boleh buat banyak mana yang anda inginkan dan simpan je dalam peti sejuk.

BACA: 12 Makanan Ini Tidak Boleh Dijual Di Kantin Sekolah

Anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti Suhaida ini. Apa yang pasti resepi yang dikongsikan ini memang mudah, rangup dan boleh buatkan anda ketagih.

Jeruk Mangga Asam Boi Crunchy

Bahan-bahan:

– 2 biji mangga
– 1 sudu teh kapur makan
– Air gula (lebih kurang 1 cawan gula + 2 @3 cawan air)
– Asam Boi
– Cili Padi (ikut tahap kepedasan yang anda inginkan)

Cara membuatnya:

1. Kupas mangga dan hiris panjang-panjang tapi jangan nipis sangat

2. Rendam mangga dengan air yang dibancuh dengan 1 sudu teh kapur. Biarkan 1 jam

3. Cuci bersih-bersih dan toskan. Kemudian masukkan dalam balang

4. Tuang air gula yang dah sejuk, asam boi dan cili

5. Simpan dalam peti ais semalaman. Sedap makan sejuk-sejuk

– Kalau air gula tak cukup buat lebih. Saya agak-agak je janji mangga tu tenggelam lepas tuang dalam balang.

– Kalau nak manis lagi hanya tabur gula pasir kemudian tutup bekas..simpan dalam peti ais semula.

Senang sahaja nak buat jeruk mangga asam boi ni. Lepas ini tak perlu susah-susah nak beli. Kalau teringin, buat je sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥