Siapa sangka sebenarnya anda boleh buat kek dengan menggunakan nasi sebagai bahan utama. Resepi yang dikongsikan oleh Syahirah Zulkifli ini sememangnya unik dan kreatif. Cara untuk membuatnya pula sangat mudah. Paling penting, resepi kek coklat ini bebas gluten, tidak menggunakan susu dan telur.

Lepas ni kalau tiba-tiba mengidam nak makan kek, boleh buat sendiri je dan tak perlu keluar duit sehingga berpuluh ringgit untuk beli di kedai. Bahan-bahan pun hanya boleh didapati di rumah sahaja.

BACA: Cara Buat Kek Coklat Paling Mudah, Hanya Guna Nasi!

Bahan-bahan:

2 cawan nasi
1 cawan serbuk koko
1 cawan organic raw cane sugar  (Sebab dah kehabisan stok, saya guna gula merah campur gula kabung. 1 cawan agak manis juga. Boleh kurangkan sikit)
1 cawan minyak (Ini pun boleh kurangkan sedikit sebab bekas kek agak berminyak lepas masak)
Secubit garam (Saya guna garam bukit / himalayan pink salt)
Air suam 100ml (Saya tambah sedikit lagi sebab tak boleh nak blend)

Oh ya, dengan semua sukatan bahan ini saya dapat 9 biji kek saiz kecil sikit dari tapak tangan saya. Dalam gambar di bawah ini tangan anak saya yang umurnya setahun.

Bahan tambahan (optional)

Sedikit tepung jagung. Anggaran 4 sudu kecil.
1 sudu kecil pure baking powder
Cuka epal

*Rasanya tak tambah 3 bahan di atas ini pun tak apa sebab keknya memang tak naik. Tekstur keknya bila dah masak memang sangat moist. Lepas dibiarkan sejuk atas meja, kek jadi lebih keras. Nak lebih sedap, sejukkan dalam peti ais dulu.

Cara membuatnya:

1. Kisarkan kesemua bahan sampai sehalus yang boleh.

2. Kemudian tuang dalam bekas. Saya tuang dalam paper cup muffin dan kukus selama sejam.

3. Pastikan tudung periuk kukus ditutup untuk elak wap air masuk ke dalam kek. Masa memasak memang agak lembap teksturnya. Bila ia dah sejuk ia akan mengeras.

4. Biarkan masak lebih kurang sejam. Kalau bakar, rasanya sekejap saja. Bakar pada 170 darjah Celcius selama lebih kurang 40 minit.

Siap dan boleh dinikmati bersama keluarga. Kalau anda sukakan kek boleh la cuba resepi kek coklat paling mudah ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥