Cara Buat Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Boleh Di ‘Frozen’
Setiap kali teringin nak makan murtabak kena tunggu hari yang ada pasar malam. Bukannya hari-hari ada pasar malam. Nak buat murtabak bukannya senang, nak kena uli tepung macam nak buat roti canai.
Tapi sebenarnya ada cara mudah untuk anda buat sendiri murtabak di rumah dengan hanya menggunakan kulit popia. Paling menarik, anda boleh buat banyak-banyak dan boleh disimpan untuk di frozen. Bila nak makan, boleh keluarkan dari peti ais untuk digoreng.
BACA: Mana Nak Dapat Murtabak RM2, Teh O’ Panas 40 Sen
Resepi yang dikongsikan oleh Rosnah Sidek ini sengat senang untuk dibuat dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati.
Bahan-bahan Inti:
500gram daging kisar
1 paket rempah kari daging
6 biji bawang Holland – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – ditumbuk
2 inci halia – ditumbuk
serbuk lada hitam / lada sulah secukup rasa
3 sudu besar gula
2 sudu teh garam
minyak untuk menumis
1 cawan tepung gandum
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia. Masukkan rempah kari dah wangi masukkan daging kisar dan bawang Holland. Bila daging agak masak, masukkan dengan gula, garam dan serbuk lada hitam.
2. Setelah cukup rasa dan bawang layu, masukkan tepung sambil dikacau rata. Sejukkan.
Cara saya daging dimasak dengan sedikit halia sampai kering airnya. Saya tambah lada hitam untuk hilangkan rasa lemak daging dan bau daging.
Fungsi tepung adalah supaya inti tak terlalu berair dan nak elakkan kulit popia terkoyak masa digoreng. Barulah kulit popia nampak cantik, kemas dan tak lembik.
4. Untuk balutkan inti murtabak tadi, saya gunakan kulit popia yang besar. Sebelum itu, pecahkan 2 biji telur, pukul dan gaulkan dengan inti yang dah dimasak dan sejukkan tadi.
Buka kulit popia dan letakkan di atas dulang. Ambil inti dan letak di tengah. Lipatkan berbentuk segi empat dari atas, kiri, dan kanan. Terbalikkan bila dah siap dilipat.
5. Kemudian boleh panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak. Bakar macam orang buat murtabak.
Cara untuk ‘frozen’ murtabak mini
Bagi yang nak simpan dan buat stok frozen, sejukkan dulu pada suhu bilik selepas digoreng. Kemudian baru masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan dalam freezer.
Bila nak makan nanti, keluarkan 15 minit awal dan baru panaskan semula. Nak deep fry pun boleh. Mudah kan?
Bolehlah cuba resepi murtabak mini ini untuk minum petang atau jamuan di pejabat. Nak makan dengan kuah kari, dhal ataupun hirisan bawang, terpulang. Makan begitu saja pun dah cukup sedap. Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- SirapLimau