Cara Buat Sambal Belacan Paling Sedap & Tahan Lama
Pasti ada di antara anda yang tak berapa selera nak makan kalau tak ada sambal belacan. Hanya mereka yang hantu sambal belacan sahaja yang tahu betapa nikmatnya jika dapat makan sambal belacan setiap hari.
Ramai yang suka makan sambal belacan tetapi tidak tahu cara untuk menghasilkan sambal yang sedap. Menerusi perkongsian oleh Cik Ca ini, cara untuk dapatkan sambal belacan paling sedap dan ‘kaw’ adalah dengan menggunakan parutan limau kasturi, namun ada caranya agar rasanya tidak pahit.
BACA: Burger Kangkung Sambal Belacan Pula Jadi Perhatian!
Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah saiz 50 sen (kalau saiz besar bawang bombay 2 dah cukup)
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar juga (alur air sebelum bakar)
5-6 biji cili merah besar
9-10 biji cili hijau thai buang tangkai
3 sudu besar Gula putih
2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar cuka makan
9-10 biji asam limau kasturi saiz kecik kalau saiz sederhana besar 6/7 biji
1 sudu besar gula perang untuk cantikkan sambal
Cara membuatnya:
1. Alur air (basuh bawah air paip) bawang merah dan bawang putih sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang. Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambil masa lama sikit untuk masak. Bagi dia hangit kulit tu. Nanti nak blend baru kupas. Tak perlu basuh dah.
2. Potong cili, alur air sekejap sambil gosok dan tos biar kering. Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga tu nak bagi sambal sedap.
3. Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cili. Bawang bakar tadi, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan, bawang putih, cuka. Tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk. Kemudian kisar bagi lumat.
4. Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai. Kisar ikut tahap lumat yang anda mahu.
5. Kemudian tabur kulit limau yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka.CA suka macam ini. Lepas tu rasa dan adjust ikut tekak untuk final taste kalau ada terlebih terkurang.
Sambal belacan ini tak perlu tumis atau masak atas dapur. Letak kulit limau parut guna lapisan hijau sahaja. Tak pahit. Ini 5 kali ganda sukatan yang diberi sebab CA memang buat banyak sekali.
Simpan dekat luar semalaman, esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap. Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- Facebook Incik Dan Cik CA