Carian Di Portal Rasmi Halal, Kedai Popular Ini Tiada Sijil Halal
Sudah menjadi trend di Malaysia, jika makanan itu sedap atau lain dari yang lain pasti akan menjadi perhatian ramai dan viral. Sebut saja kedai serbaneka Family Mart pasti ramai yang gemarkan makanan popular mereka iaitu Oden.
Bagaimanapun sejak semalam, tular di media sosial perkongsian oleh Facebook Sahabat Halal yang mendedahkan bahawa kedai serbaneka itu tidak mempunyai status Halal.
BACA: Resepi Oden Viral, Tak Perlu Beratur Panjang Di Family Mart
Makluman terkini.Premis Family Mart bukan pemegang Sijil Halal. Maka status halal makanan-makanan yang dikira kritikal…
Posted by Sahabat Halal on Ahad, 13 Januari 2019
Menerusi status yang dimuat naik, Family Mart bukan pemegang sijil halal dan makanan yang dijual juga tidak diketahui status halalnya kerana tiada semakan dan pengesahan dari pihak berkuasa.
Untuk mengetahui sama ada sesebuah premis itu mempunyai sijil halal, anda boleh membuat semakan di Portal Rasmi Halal Malaysia. Hasil semakan mendapati nama Family Mart tiada dalam rekod.
Bagaimanapun, memetik laporan Remaja, Imam Muda Asyraf menjelaskan, premis yang tidak melekatkan sijil halal tidak semesti haram makanannya.
“Sebagai contoh kedai tomyam, warung nasi lemak dan lain-lain lagi. Ikutkan semua kedai-kedai kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Tapi kita biasanya yakin dan tak ragu-ragu pun nak makan kerana melihat kepada siapa pemilik dan tukang masaknya. Masa yang sama nak mohon sijil halal ini perlukan masa kerana bukan senang.
“Ini sama jugalah dengan premis makanan mewah dan mahal. Tapi kebiasaannya kalau syarikat itu mampu membayar sewa bulanan yang mahal, maka dia juga berkemampuan memohon sijil halal yang biasanya mengambil masa yang lama.
“Permohonan sijil halal ini perlu bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis itu halal dan tidak bersifat syubahah,” jelasnya.
Tambah Imam Muda Asyraf lagi, sesuatu makanan yang bersifat syubahah atau meragukan status halalnya perlu dielak sama sekali demi menjaga fizikal dan roh itu sendiri.
Berhubung isu tersebut, rata-rata netizen berpendapat laman Facebook tersebut hanya mahu mengingatkan pengguna sahaja, namun terpulang kepada diri kita sendiri untuk membuat pilihan. Jika anda rasa was-was lebih baik anda buat sendiri oden dirumah.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- Facebook Sahabat Halal