China Perintah Mayat Pesakit Coronavirus Terus Dibakar Elak Virus Merebak
Sehingga hari ini jumlah kematian akibat wabak coronavirus dilaporkan telah meningkat kepada 362 angka korban dengan 321 daripadanya di China dan seorang di Filipina.
Susulan peningkatan jumlah kematian yang dicatatkan itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China telah mengharamkan acara pengebumian mahupun upacara perpisahan diadakan oleh keluarga mangsa yang terkorban kerana coronavirus.
BACA: Takut Ada Coronavirus, Kucing & Anjing Perliharaan Mati Dicampak Dari Tingkat Atas
Ia berikutan peraturan baru oleh suruhanjaya dimana semua mangsa yang terkorban kerana wabak berkenaan perlu dibakar menggunakan kemudahan yang terdekat bagi dan abu mayat dibenarkan untuk diambil oleh ahli keluarga selepas selesai upacara pembakaran.
Arahan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu itu bertujuan bagi memperlahankan penyebaran wabak coronavirus.
Jumaat lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mengisytiharkan wabak coronavirus adalah kecemasan di peringkat global, selepas ia semakin merebak ke seluruh dunia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram