Tindakan seorang guru di sekolah Gombak, Selangor mendapat pujian netizen kerana sanggup membeli sebanyak 55 pasang kasut sekolah baru untuk murid yang kurang berkemampuan sehingga kedai itu ditutup.

Guru tersebut, Mohd. Fadli Salleh, membuat keputusan untuk membeli kasut baru selepas membuat pemeriksaan di sekolah tempatnya mengajar dan mendapati seramai 47 orang murid memakai kasut yang sudah rosak teruk.

BACA: Ini Sebab Lelaki Cina Ini Dipuji Orang Ramai

Lebih mengharukan, guru tersebut menggunakan media sosial untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli kesemua kasut tersebut melalui sumbangan “Dana Kita” yang dikirimkan oleh rakan-rakannya sendiri.

Setiap kasut pelajar yang rosak diukur di atas kertas untuk mendapatkan saiz yang betul. Jika dilihat pada keadaan kasut tersebut, memang rosak teruk.

Disebabkan bilangan kasut yang dibeli terlalu banyak, sebuah kedai kasut BATA terpaksa ditutup kerana kehabisan stok dan perlu diselenggara semula.

Rata-rata netizen memuji tindakan terpuji guru tersebut yang sanggup mendapatkan dana untuk membeli kasut sekolah baru untuk muridnya.

Diharap tindakan guru ini boleh menjadi ikutan buat semua pendidik. Guru bukan saja tenaga pengajar, guru juga ibarat ibu bapa yang perlu mengambil berat dengan kebajikan pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN:
Biadap Sangat Hina Sultan, Akhirnya Kena Tangkap
Harga Mee Daging RM1,393, Ini Apa Anda Dapat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Laksa Siam Tapi Boleh Dapat PS4 PRO?