Cinta Ditolak, Lelaki Ini Nekad Kurus Dari 150Kg Ke 80Kg
Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukan sesuatu yang mudah seperti yang disangka, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Disebabkan itu, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus, tetapi hasilnya hanya sementara sahaja.
Sering dicaci dan dikutuk, pemuda bernama Firdaus ini nekad untuk menurunkan berat badannya. Katanya lagi cintanya sering ditolak kerana rupa paras dan bentuk badannya.
BACA: Pernah Diejek Anak Gajah, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 18 Kg
Berat badannya pernah mencecah sehingga 150kg, ketika zaman sekolah Firdaus memberitahu tabiatnya yang suka makan dan tidak bersukan. Ketika itu juga dia merupakan pemegang rekod pelajar paling berat di sekolah. Pasti ramai nak tahu tips yang diamalkan sehingga berjaya turun 70kg.
Budak paling berat di sekolah
Menurut Firdaus tips pertama yang perlu dilakukan ialah cari motivasi anda sendiri untuk pembakar semangat. Katanya lagi, tanya diri anda sendiri apa sebab perlu kurus dan sampai bila mahu diri dihina. Firdaus menjadikan TOP Big Bang sebagai inspirasi dan motivasi untuk kurus.
Cari motivasi & pasang niat kenapa nak kurus
Katanya lagi, pemakanan adalah yang paling penting. Elakkan makanan berminyak, gula, garam, kurangkan karbo, lebihkan protein dan makanan ringan dilarang sama sekali.
Pemakanan paling penting!
Firdaus juga turut memberikan tips bagaimana nak masak tanpa minyak iaitu dengan menggunakan kuali Non Stick Pan yang tidak mudah lekat.
Timbang berat seminggu sekali & catat perkembangan diet
Tiada alasan! Senaman sangat penting, sertai marathon
Senaman sangat penting. Katanya lagi, badan akan jadi cepat lebih kerana lemak terkumpul tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan. Antara cara lain, buat seseuatu yang anda paling takuti sebagai contoh sertai larian marathon kerana tiada apa yang mustahil.
Target makanan rendah kalori
Selain menjaga pemakanan, lelaki ini memberitahu pengambilan air masak sangat penting kerana ia membantu meningkatkan metabolisme badan. Katanya lagi, dengan minum air masak badan akan rasa lebih segar. Ujarnya lagi, tidur yang cukup juga sangat penting jika anda ingin turunkan berat badan.
Minum air masak 3 liter sehari & dapatkan tidur yang cukup
Mungkin anda boleh cuba tips yang dikongsikan oleh pemuda ini jika mahu menurunkan berat badan secara sihat. Tetapi, apa yang paling penting ialah semangat dan disiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Firdaus