Pasti ramai tahu Coca-Cola merupakan minuman berkarbonat popular dunia dan sedar tak sedah sudah 125 tahun syarikat itu ditubuhkan.

Coke sentiasa cuba untuk menampilkan pembaharuan minuman mereka antaranya memperkenalkan minuman coke beralkohol dan ‘Coca-Cola Clear’. Nampaknya, Coke sekali lagi tampil dengan minuman perisa baru iaitu ‘Coca-Cola Apple’ pula.

BACA: Coca-Cola Kaji Untuk Hasilkan Minuman Perisa Ganja

Apa yang pasti, rekaan botol minuman tersebut sangat menarik dengan warna label merah dan keemasan. Coca-Cola Apple itu diperkenalkan sempena musim luruh yang bakal tiba tidak lama lagi.

 

Bagaimanapun, minuman terbaru itu bukan saja dijual pada musim luruh tetapi pada musim sejuk juga. Rekaan pada botol itu juga turut diilhamkan bersempena Hari Krismas dan Tahun baru.

Memandangkan Coca-Cola Peach telah dilancarkan pada musim panas tahun 2018 dan 2019, minuman terbaru ini dilihat bakal popular dan pasti akan menjadi kegemaran ramai.

Minuman Coca-Cola Apple ini akan mula dijual di seluruh Jepun bermula 16 September ini dengan harga 40 yen (RM 5.47).

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rahang Sangkut Makan Burger?