“Cuaca Sejuk Perkara Biasa”
Mungkin ramai yang sudah perasan bahawa sejak kebelakangan ini negara kita mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga suhu di beberapa tempat menurun.
Ada yang meramalkan Malaysia bakal mengalami cuaca sejuk yang melampau berikutan hujan turun secara berterusan sejak Khamis lalu di bahagian utara Semenanjung Malaysia.
BACA: Kota Bharu Diselubungi Kabus Tebal
Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Alui Bahari, menyangkal dakwaan Malaysia bakal mengalami cuaca sejuk melampau kerana suhu akan kembali seperti biasa pada keesokan hari.
Menurutnya, penurunan suhu sehingga 20 darjah Celsius bukan perkara luar biasa, malah cuaca paling sejuk pernah direkodkan tahun 2014 iaitu 15.7 darjah Celsius.
“Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara,” jelasnya.
Difahamkan cuaca sejuk yang melanda negara ini berlaku disebabkan oleh angin Timur Laut bertiup pada bulan Januari dan Februari. Jangan lupa pakai baju tebal jika kawasan tempat tinggal anda mengalami cuaca sejuk luar biasa.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kedah & Perlis Bakal Dilanda Cuaca Sejuk
Amaran Cuaca Buruk Hingga Rabu
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pecah Perut Makan Shell Out
- SUMBER
- ASTRO AWANI