Setiap kali McDonald’s perkenalkan menu baru, pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya sehinggakan ianya habis dijual dan pelu menunggu keesokan harinya untuk mendapatkannya.

Pasti ramai tahu McDonald’s Malaysia kembalikan menu popular mereka iaitu McShacker Fries. Menariknya, McShacker Fries kali ini didatangkan dengan perisa pedas. Memang laku macam pisang goreng panas.

BACA: McShacker Fries Kini Kembali Di McDonald’s, Hadir Dengan Perisa Pedas

Mesti ramai yang kecewa setiap kali nak beli ianya sudah habis dijual. Lepas ni kalau mengidam nak McShacker, buat saja sendiri dirumah. Resepi yang dikongsikan oleh Rayyan Raaniya ini sememangnya lebih jimat dan berbaloi-baloi.

Bahan-bahan:

– French fries
– Gula Halus
– Serbuk Perasa
– Serbuk Cili
– Paper Bag (Macam orang jual Ayam Seringgit tu)

Cara membuatnya:

1. Goreng Fries hingga garing & toskan minyak kemudian ketepikan
2. Gula 2 Sudu, Serbuk Perasa 1 Sudu, Serbuk Cili 1 Sudu, gaulkan bersama (ikut tahap kepedasan yang anda mahukan)


3. Amik paper bag, masukkan fries kemudian bahan yang digaulkan tadi.

4. Akhir sekali, Shake & Shake Kan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kegemaran Ramai
Ini Resepi Asal Bubur McD

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥