Semalam, tular di media sosial video mengenai sebuah restoran popular, Raj’s Banana Leaf, apabila pekerja kedai makan itu mencuci bekas makanan di kawasan lopak air di luar permis tersebut.

Video berdurasi 29 saat itu menjadi bualan ramai dan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna laman sosial kerana ianya perbuatan yang menjijikkan.

BACA: Kepala Ikan RM600, Restoran Mamak Diterjah KPDNKK

Beberap jam selepas video itu tular, pihak Raj’s Banana Leaf membuat permohonan maaf menerusi Facebook dan mengatakan pekerja yang melakukan perkara itu merupakan pekerja baru dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Turut diberitahu, pihak pengurusan Raj’s Banana Leaf sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala terhadap pekerja dan bahagian dapur.

Dear customers, We would like to apologise for an unfortunate incident by our newly recruited staffs at our Bangsar…

Posted by Raj's Banana Leaf on 29hb Mei 2018

“Kami memohon maaf atas tindakan yang dilakukan oleh pekerja baharu terbabit dan memahami cara tersebut tidak boleh diterima.

“Kami akan terus memantau dan menjadi keutamaan kebersihan serta keceriaan di dapur sentiasa terjaga,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pekerja yang melakukan perbuatan tersebut dan berharap diberi peluang untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN:
KPDNKK: Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Singgah Sarang Mr. Burung Di Port Dickson