Cukai Baharu Akan Diumumkan 2 November Ini
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan mungkin akan memperkenalkan cukai baru untuk melunaskan hutang negara peninggalan kerajaan terdahulu.
Terbaru, pengenalan cukai baharu bagi menampung penjanaan pendapatan negara itu akan dibentangkan tidak lama lagi pada 2 November ini.
BACA: Kerajaan Kaji Perkenal Cukai Baru Untuk Bayar Hutang Negara
Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengakui peralihan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyaksikan penyusutan pendapatan bersih kerajaan sebanyak RM17 bilion pada tahun ini.
“Sebahagian pengurangan kutipan cukai ini akan diimbangi hasil petroleum dan dividen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tertentu, selain beberapa langkah lain.
“Ia merangkumi peningkatan hasil Kerajaan Persekutuan menerusi audit dan siasatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi aspek pematuhan cukai.
“Kadar cukai baharu yang akan dikenakan, tinggal dua minggu lagi, sebelum bajet dibentangkan, justeru saya harap Yang Berhormat (YB) Bera sabar sikit, tunggulah seperti rakyat Malaysia,” katanya.
Menjawab soalan berhubung aspek penjimatan kerajaan menerusi semakan beberapa projek, Guan Eng berkata, bukan semua pembangunan kemudahan demi manfaat rakyat dibatalkan.
Guan Eng turut menjelaskan, langkah pembatalan atau semakan semula hanya tertakluk kepada projek mega yang tidak mampu ditanggung kerajaan susulan pemindahan bebanan hutang melampau oleh kerajaan terdahulu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Harian Metro