Cuti Bersalin 90 Hari Mulai 2021, Ramai Nak Tangguh Hamil 2 Tahun Lagi
Berita gembira buat kaum wanita dimana tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai tahun 2021. Cadangan tersebut diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Pembentangan Belanjawan 2020 semalam.
Dalam pada itu, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 termasuklah empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.
BACA: Gaji Minimun Naik RM1,200 Tetapi Untuk Wilayah Bandar Utama
“Kedua kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000 sebulan.
“Ketiga, menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur.
“Keempat, memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina,” katanya.
Pengumuman tersebut sekaligus mendapat perhatian rakyat Malaysia yang ternyata gembira dengan cadangan berkenaan. Tidak kurang juga, ada yang merancang untuk menanggukan proses mendapatkan cahaya mata dua tahun lagi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Cari Forum