Menurut kajian terbaru, daging, ayam atau ikan yang dibakar masak sepenuhnya meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan serangan sakit jantung.

Kajian yang dijalankan oleh Kajian Kesihatan Awam TH Chan di Boston itu dibentangkan dalam satu persidangan Persatuan Jantung Amerika Syarikat.

BACA: Ingatkan Daging Babi, Rupanya Daging…

Lebih mengejutkan, jika anda memanggang atau membakar hidangan itu dengan cara demikian lebih 15 kali sebulan, ia meningkatkan risiko tersebut sebanyak 17 peratus.

Risiko penyakit darah tinggi terjadi apabila daging, ayam atau ikan menghasilkan heterocyclic aromatic amine (HAA) apabila dibakar.

HAA menghasilkan tekanan oksidatif, radang dan penolakan insulin yang dikaitkan dengan pengecilan saluran arteri dan akhirnya mengakibatkan sakit jantung.

Sebelum ini kajian pernah mendedahkan, makan terlalu banyak daging yang dimasak sepenuhnya boleh mengakibatkan risiko penyakit hati berlemak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Isu Ayam Tak Sembelih, JAKIM Beri Penjelasan
Pelancong Di Bali Risau Termakan Sate Anjing

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!