“Dah 2019, Boleh Pakai Elok Sikit Datang Majlis Kahwin”
Bila bermulanya musim cuti sekolah, memang banyakla jemputan majlis perkahwinan. Berkahwin hanya sekali seumur hidup, jadi tidak hairan jika ada yang sanggup berhabisan untuk mengadakan majlis gilang-gemilang.
Sudah menjadi kebiasaan apabila tetamu berpakaian cantik-cantik setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.
BACA: “Ramai Tamak Bila Datang Majlis Kahwin, Lauk Tak Cukup Sibuk Mengata”
Namum perkongsian seorang individu ini mengenai cara pemakaian kaum lelaki yang hanya tampil mengenakan baju tanpa kolar dan berselipar ke majlis kahwin mencetuskan perdebatan dikalangan netizen.
Perkonsiannya itu mendapat sokongan netizen dan tidak kurang juga ada yang mengecam serta ada yang mempersoalkan mengapa statusnya itu memfokuskan kepada masyarakat Pantai Timur.
Rata-rata netizen yang bersetuju mengatakan ramai orang Melayu tetapi tidak memakai pakaian tradisi Melayu setiap kali ke majlis perkahwinan.
Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati adalah apabila pengguna Twitter itu mengkhususkan kepada golongan tertentu sedangkan cara pemakaian tiada kaitan dari mana asal seseorang itu.
Cara dia tegur tak kena cara
Biarlah selagi masih menutup aurat
Seperti sudah dijangka, ada netizen tidak berpuas hati dengan mengatakan bukannya tetamu tersebut memakai pakaian tidak sopan. Kata netizen lagi, lebih baik beri teguran pada kaum wanita yang berpakaian keatat dan bertudung singkat.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat tiada salahnya jika berpakaian elok dan kemas ke majlis kahwin. Namun seorang netizen berpendapat, rata-rata lelaki akan pakai apa yang membuatkan mereka selesa dan adakalanya selepas majlis mereka akan terus menuju ke tempat lain pula.
Tapi apa salahnya jika berpakaian kemas ke majlis kahwin. Golongan perempuan boleh sahaja memakai baju kurung dan tampil cantik setiap kali ke kenduri kahwin, jadi rasanya tiada masalah untuk lelaki sekurang-kurangnya memakai baju berkolar dan kasut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- ohmymedia