Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki berusia 41 tahun mengahwini isteri ketiganya yang baru saja berusia 11 tahun. Lelaki itu dikecam teruk oleh netizen dan ramai pihak meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan tersebut.

Lelaki tersebut, Che Mohd Karim Che Hamid yang juga seorang peraih getah menegaskan dia tidak akan berpisah dengan isteri ketiganya itu walaupun mengetahui kanak-kanak itu masih dibawah umur.

BACA: Ini Penjelasan Kanak-Kanak 11 Tahun Kahwin Ustaz

Terbaru, lelaki itu mendedahkan niatnya untuk berkahwin dengan kanak-kanak itu ketika dia masih berusia tujuh tahun lagi.

Bapa kepada empat orang anak itu menyuarakan niatnya itu kepada kawannya selain menunjukkan gambar kanak-kanak itu ketika berada di tanah suci Makkah dan kebanyakan mereka bersetuju memandangkan isterinya itu tidak sekolah, serta berasal daripada keluarga miskin.

Foto: Kosmo

Lelaki itu juga mengakui tidak pasti apa yang membuatkannya mahu berkahwin dengan kanak-kanak seusia anaknya itu, namun katanya bukan kerana nafsu tetapi mahu melindungi dan menjaga kebajikannya.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, hanya orang luar yang terkejut dengan berita berkenaan kerana kebanyakan penduduk kampung serta rakan saya sudah mengetahui perkara itu sejak sekian lama.

“Saya kenal dia sejak dia kecil lagi kerana tinggal berjiran, malah saya mengajar al-Quran kepada anak serta dia juga. Ketika itu, saya kata pada diri ‘satu hari nanti saya akan ambil budak ini sebagai isteri’ dan akhirnya saya mengotakan perkara itu empat tahun kemudian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Karim, walaupun dikeji dan dicaci, namun dia tidak berputus asa atau takut untuk meneruskan perkahwinan tersebut. Tambahnya lagi, dia sudah berjanji tidak akan menyentuh isterinya sehinggalah dia berusia 16 tahun.

“Jika saya berkahwin hanya kerana nafsu, sudah tentu kami tinggal bersama dan tidak perlu menunggu sehingga lima tahun. Namun, selepas berkahwin saya berasa lega kerana boleh membimbingnya mendekati Allah selain menjaga kebajikannya tanpa dosa.

Peraih getah itu juga turut berharap agar ketiga-tiga isterinya dapat hidup secara harmoni, walaupun isteri ketiganya itu belum berjumpa dengan isterinya yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03