Dah Hantar 30 Resume, Wanita Ini Terpaksa Kerja Gaji Setaraf SPM
Minggu lalu, laporan Bank Negara Malaysia 2018 membuat pendedahan mengejutkan dimana gaji permulaan bagi siswazah semakin mengecil sejak tahun 2010.
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Amrina Yusof, 28 yang terpaksa menerima kerja dengan gaji setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.
BACA: Fakta: Gaji Permulaan Graduan Menurun Sejak Tahun 2010!
Menurut wanita itu lagi, dia puas berusaha memohon pekerjaan sesuai sejak dua tahun lalu, namun nasib masih tidak menyebelahinya. Ujarnya lagi, dia sudah menghantar 30 resume ke banyak syarikat namun tiada panggilan untuknya.
“Saya tiada pilihan, terpaksa kerja dengan gaji setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun tidak sesuai dengan kelulusan saya.
“Saya sudah menghantar 30 resume di banyak syarikat. Selama ini sudah enam kali pergi temu duga termasuk di agensi kerajaan namun nasib masih tidak menyebelahi saya,” katanya kepada Harian Metro.
Tidak mahu menjadi penganggur, Amrina membuat keputusan untuk menerima tawaran kerja sebagai kerani di sebuah syarikat perhotelan di Kuching, Sarawak dengan pendapatan yang tidak setaraf dengan kelayakan selepas konvokesyen pada 2017.
Menurutnya, dia tawarkan gaji sebanyak RM1,100. Meskipun gaji yang diterimanya tidak berbaloi dengan kelayakan sebagai siswazah, namun dia masih menerimanya kerana dia memerlukan wang tersebut untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
Terdahulu, laporan Bank Negara Malaysia 2018 mendedahkan, selepas mengambil kira faktor inflasi, gaji siswazah baru yang berkelulusan diploma mendapat gaji sebanyak RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010 dimana kurang RM82.
Sementara itu, gaji pemegang ijazah sarjana muda adalah RM1,983 pada 2018 berbanding RM1,993 pada 2010, kurang RM10.
Bagi pemegang ijazah sarjana memperoleh gaji RM2,707 pada 2018 daripada gaji sebanyak RM2,923 pada 2010, penurunan sebanyak RM216.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Harian Metro