“Dah Minum Air Soya, Kenapa Kulit Anak Tetap Gelap?”
Boleh dikatakan ramai yang idamkan kulit putih melepak seperti orang Korea. Ada yang sanggup suntik dan telan macam-macam ubat untuk putihkan kulit. Bukan itu saja, ramai ibu mengandung mengamalkan pelbagai petua semata-mata untuk dapatkan anak berkulit cerah.
Paling popular adalah dengan mengamalkan minum air soya dikatakan boleh membantu mencapai matlamat tersebut. Bagaimanapun, menurut Pegawai Perubatan Kehamilan dan Sakit Puan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aimi Rahayu Abdul Rashid, warna kulit gelap disebabkan kehadiran melanin yang terhasil daripada sel melanosit, bukannya warna minuman.
BACA: “Nak Putih Macam-Mana Lagi, Pergi Telan Clorox”
Katanya lagi, warna makanan atau minuman tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi kerana sistem penghadaman dalma badan tidak bersambung dengan rahim.
“Makanan yang dimakan akan dicernakan ke dalam sistem penghadaman. Molekul yang sudah tercerna inilah akan diberikan kepada bayi melalui uri (placenta),” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya lagi, kuantiti melanin yang dihasilkan akan menentukan kecerahan kulit seseorang dan bergantung kepada faktor genetik dimana ia bergantung kepada baka kedua ibu bapanya.
“Misalnya jika si ayah berkulit gelap manakala si ibu pula berkulit cerah, maka warna kulit bayi yang terhasil adalah campuran kedua-dua baka tersebut.
Dalam pada itu, Dr Aimi menyarankan jika mereka di luar sana ingin mendapatkan anak berkulit putih adalah berkahwin orang yang berkulit cerah.
angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- mStar