Dah Pakai Uniform Khas, Pelanggan Tengking Pekerja OKU Sebab Tak Dengar
Sejak kebelakangan ini semakin banyak syarikat membuka peluang kepada golongan OKU dan mengambil pekerja OKU kerana golongan tersebut juga layak mendapat hak dan peluang yang sama seperti manusia biasa yang lain.
Namun, masih ada lagi sikap tidak bertimbang rasa manusia terhadap golongan istimewa ini. Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna netizen yang terkilan dengan sikap biadap seorang pelanggan terhadap pekerja OKU di sebuah pasar raya di Selangor.
BACA: Lelaki OKU Gigih Jual Ikan Masin Cari Dana Rawatan Anak
This happened at Tesco puncak alam and she one of the HR there, customer ini ada mata tk nk tgk susah pic.twitter.com/hdDYL0Za5b
— Amirul (@AmirulKhuzaimi2) January 14, 2020
Berkongsikan apa yang berlaku, pelanggan tersebut memanggilnya seorang pekerja di pasar raya tersbeut untuk bertanyakan sesuatu namun tidak diendahkan. Pelanggan tersbeut dikatakan hilang sabar dan bertindak menjerit-jerit bertanya pada pekerja terbabit.
Bagaimanapun, pekerja itu dengan terang-terangan memakai ves yang tertulis “SAYA PEKERJA OKU”. Difahamkan pekerja OKU itu mempunyai masalah pendengaran dan percakapan.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bengang dengan tindakan pelanggan tersebut. Malah, ada yang meminta supaya baca terlebih dahulu apa yang tertera pada uniform khas mereka.
Kata netizen lagi, pelanggan tersebut sebenarnya yang OKU kerana berkelakuan sedemikian rupa. Dalam pada itu, ramai yang mengatakan bahawa tahap ‘membaca’ rakyat di negara ini masih lagi rendah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram