Dalam 3 Jam, 800 Roti Canai Parti Politik Laku Habis
Jika sebelum ini kek cawan parti politik menjadi perhatian, terbaru roti canai mengikut warna tiga parti politik yang bertanding laku habis.
Dijual dengan harga RM1 sekeping, dalam masa 3 jam sebanyak 800 roti canai Barisan Nasional, PAS dan Pakatan Rakyat habis dijual.
BACA:Kek Cawan Parti Politik Jadi Rebutan Ramai
Pemilik gerai Empayar Didie, Mohd Najmuddin Md Noor berkata dia mengambil masa dua jam untuk menyiapkan doh roti canai yang diwarnakan biru, hijau dan merah yang kemudian dihias dengan logo parti.
Untuk menghasilkan 800 keping roti canai, dia menggunakan 20 kilogram tepung gandum dan marjerin serta pewarna untuk menjadikan roti canai itu lebih menarik.
Menurut Najmuddin, pada awalnya dia bimbang jika roti canai berwarna warni itu tidak mendapat sambutan, tetapi untuk memeriahkan lagi kempen PRU dia teruskan niatnya itu.
“Mulanya saya bimbang kerana tak semua pelanggan suka roti canai yang berwarna warni namun niat itu diteruskan untuk kemeriahan kempen PRU-14 yang hanya diadakan lima tahun sekali.
“Sebelum ini saya pernah empat kali menghasilkan roti canai berwarna warni termasuk dua daripadanya roti canai Hijau Kuning iaitu ketika pasukan Kedah melangkah ke Final Piala Malaysia, Hari Kemerdekaan dan roti canai untuk meraikan pelari solo, Pak Nasir Abas tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Najmuddin lagi, dia tidak taksub kepada kepada mana-mana parti dan hanya menghasilkan roti canai itu sekadar suka-suka.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT
- SUMBER
- Harian Metro