Dari 70Kg Ke 55Kg, Makan Nasi Tapi Tetap Boleh Kurus
Sekarang ni ramai sangup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata impikan berat badan idaman. Namun perkongsian oleh seorang wanita ini membuktikan tidak perlu menelan pil kurus untuk mendapatkan bentuk badan langsing.
Dari berat asalnya 70 kg, kini berat wanita ini turun sehingga 55 kg. Paling penting diet yang diamalkan oleh Nur Afiqah Syaqira ini tanpa perlu berlapar dan tetap boleh makan nasi. Apa yang paling penting, anda perlu disiplin dan kuat semangat.
Tak mampu buat Atkins sebab agak melampau
Memandang kan ramai tanya pasal tips. Ok, I kasi tips ringkas je tau. Benda ni senang sebab tak payah berlapar, I tak mampu buat Atkins sebab for me Atkins agak melampau sebab tak boleh makan nasi dan I tak boleh tak ambil nasi walau sikit dah cukup. So, kat sini I akan share beberapa tips yang korang boleh ikut dengan syarat kena KUAT SEMANGAT, DISIPLIN, KONSISTEN dan bukan diet sekadar HANGAT2 TAHIK AYAM okeh
Jangan minum air bergula/Cut Sugar
Gula berlebihan akan menyumbang kepada pembentukan lemak. I memang jenis jarang minum manis so takde masalah untuk stop ambil gula. Kalau korang yg suka minum manis ni jangan terus stop, tapi kurang kan dulu. Kalau rasa nak minum manis tu korang kunyah je gegula Mentos atau chewing gum (sugar free)
Kurangkan kuantiti/portion nasi
Dulu I makan 2/3 pinggan ok hahahahaha! Pastu I cuba kurang kan sepinggan dan sekarang setengah pinggan je. Takpun kalau nak makan beras perang pun ok sebab karbo dia tak setinggi beras putih biasa. Pastu lauk lebih kan sayur, dada ayam, ikan. Kalau lapar petang tu korang makan lah buah ke kekacang ke huhuh. Malam I tak makan, kalau lapar I minum green tea pastu tidur je jangan layan kan perut sangat hahahah. Kalau korang lapar malam, makan lah buah ke telur rebus ke salad ke. Tapi pastikan makan 1 jam sebelum tidur. Hari2 makan kena ON TIME ok!
Minum TEH HIJAU TANPA GULA
Korang boleh try Green Tea brand Ahmad Tea (London) atau Green Tea Boh. Green Tea Ahmad tu kat 99 SpeedMart senang jumpa. Minum 3 kali sehari semasa makan atau selepas makan. I minum semasa makan sebab green tea ni dia boleh menghalang penyerapan lemak (sumber google). Korang boleh search kat google sendiri kebaikan Green Tea untuk kurus. Green Tea ni dia meningkatkan kadar Metabolisme badan.
Masa lunch I minum sekali, petang sekali pastu malam sebelum tidur. Korang nak makan apa pun makan lah, tapi kuantiti kena sikit. I kadang tu ada jugak cheat day makan cake ke apa ke yang I teringin. Tapi pastu I minum green tea sebab green tea ni masa kita tidur ke duduk tak buat apa pun dia bekerja bakar lelemak kita. Yang penting jangan letak GULA ok! Ni bukan teh kedai mamak hahahaha.
Tiada pil kurus atau suplement tambahan
I tak pernah makan apa2 supplement kurus! Jangan tanya pasal supplement ok! Tolong jangan percaya mana2 ubat kurus lentik mantap ke apa ke hahahahahahaha. Sila sayangi buah pinggang anda. Kurus lah secara semulajadi lagi puas.
Takde jalan pintas dalam dunia ni, semua nak kena usaha. Antara NAK dengan TAK NAK je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kuat kan semangat, DISIPLIN dan KONSISTEN serta MOTIVASI DIRI kena ada ok. Letak lah wallpaper model ramping lelawa ke jadi kan pembakar semangat korang. Nak letak gambar I pun okay je. Ehh! Bahahahahahahahaha #gurauje
Bersenam & sentiasa kekal aktif
I jarang exercise sebab takde masa hahahah tapi time kerja I suka lari2 kejar customer lah kejar anak customer lah pastu kena panjat sana panjat sini angkat kotak so kira ada jugak lah pergerakan tu wakakakaka! Kalau korang ada masa tu buat lah work out ringat2 pun takpe asalkan berpeluh. Nak pergi Gym lagi baguih! I lambat turun berat sebab tak exercise, kalau tak tu I maybe dalam 2/3 bulan dah boleh turun 10-15kg.
Minum air kosong 2-3 liter sehari, Wajib!
Taktau nak explain kebaikan air putih ni hahaha. Btw, air putih bukan elok untuk kesihatan je, nak kulit lawa bersih pun takde hal. I tak pakai apa2 skincare pun dah setahun lebih for those yg tanya tu. Cuma rajin2 kan diri minum air putih ya. Start dari sekarang belajar bawak air putih pergi mana2 atau beli lah kalau lupa nak bawak.
Mungkin anda boleh cuba tips diberikan oleh Afiqah jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Teh Hijau, Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan
Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 32Kg
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas
- SUMBER